Berdebar
Wednesday, 21 December 2011
Hari esok hari penentu . Hari yang bakal menetukan aliran dan kelas yang akan aku belajar pada tahun hadapan . Aku berserah berapa pun yang telah ditetapkan oleh-Nya. Andai itu yang terbaik untukku aku terima dengan hati terbuka . AL terima kasih sebab selalu ada masa ND perlukan AL . AL orang kedua selepas Allah tempat ND selalu mengadu . Gementar , takut , hiba semuanya bercampur menjadi satu perasaan . Tipulah kalau aku cakap aku sentiasa steady result nak keluar esok aku boleh tak takut hanya orang yang tadak perasaan je yang akan buat macam tu.
Jika telah ditakdirkan tiada rezeki ku pada hari esok aku terima Ya Allah ,kerna ku tahu pasti ada hikmah disebalik semua ini . Hanya engkau sahaja yang tahu hikmah disebalik semuanya . Aku merancang , Allah juga merancang tetapi perancangan Allah adalah yang terbaik jadi ku serahkan segalanya pada-Mu Ya Allah . AL kasi satu ayat untuk aku dia cakap " Yakin . Janji Allah Itu Pasti " hati aku tersentuh sangat waktu tu entah lah kenapa malam ney aku emo sangat. Tetiba airmata ney mengalir dengan sendirinya . Tengs sayang sebab kasi ayat tu bermakna sangat.
Berapa pun yang akan Allah beri aku akan sentiasa bersyukur kerana pemberian Allah itu adalah yang terbaik .
"Jangan Pernah Salahkan Takdir , Redha itu Ikhlas , Pasrah Itu Menyerah "
" Kita Hanya Merancang Selebihnya Allah Yang Tentukan "




