Dugaan Itu Hanya Allah Yang Tahu
Tuesday, 5 June 2012
![]() |
Tidak seorang pun yang terlepas dari dugaan Allah begitu
juga aku :')
Kuatkan hatimu , Allah sentiasa bersama kita .
|
Ketika Dugaan Menyapa..
Dugaan dalam kehidupan adalah satu perkara yang
semua orang tidak mampu terima dengan hati yang tulus sebagai seorang hamba
sebagai satu ujian dari Allah.
Dugaan kecil mahupun besar semuanya adalah takdir
dari Allah kepada manusia pilihannya untuk memberitahu dan mengingati kita
tentang kebesaran-Nya.
Kita tidak akan tahu akan maksud yang terselindung
disebalik semua dugaan yang ditimpa secara langsung mahupun melalui perantaraan
manusia.Kerana ceteknya ilmu dan jahilnya kita,Kita mudah merasa diri kita tidak adil diperlakuan
sedemikian rupa. Allah tidak adil dan mahu menyusahkan kita !
Allah menguji kita dengan sesuatu yang sangat kita
sayang, kita diberi cubaan dengan kehilangan.
Allah menguji kita dengan sebuah impian yang amat kita harapkan, kita
terduduk berlinang airmata saat impian kecundang… Anda juga pernah merasa
begitu?
Ya.. Kita kan hamba pada-Nya yang Esa, kita juga
hadapi ujian yang sama seperti ini. Sesungguhnya yakinlah DIA pemberi segala,
kerana segalanya kepunyaan-Nya.
Saat ditariknya nikmat yang ada, DIA sedang
mengaturkan untukmu sesuatu yang lebih berharga. Jangan bersedih, dunia ini
tidak selayaknya ditangisi.
Allah berfirman bermaksud:
“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan
hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji dengan sesuatu cubaan?
Dan demi sesungguhnya! Kami menguji orang terdahulu daripada
mereka, maka dengan ujian demikian, nyata apa diketahui Allah mengenai orang
yang sebenarnya beriman, dan nyata pula apa diketahuiNya mengenai orang yang
berdosa.”
(Surah Al-Ankabut, ayat 2-3) "
Yang kita dapat tidak semestinya yang kita pinta..
Yang kita minta belum tentu yang terbaik buat kita..
Yang terbaik buat kita tak semestinya Allah suka..
Belajarlah redha apa yang kita ada..
Itulah yang terbaik buat kita..
Walaupun itu bukan yang kita suka..




