Story of Mine ♥
Alang alang dah ada dekat blog saya. Jom ♥ Folow | ♥ Dashboard

Rahsia Wanita
Saturday, 21 July 2012













Rahsia wanita berdasarkan 4 unsur iaitu : tanah , air , api dan angin .Penentuan unsur seseorang ditentukan melalui anak ke-berapa dalam keluarga .

i)Tanah - anak pertama , kelima , kesembilan

 ii) Air - kedua , keenam , kesepuluh 

iii) Api - ketiga , ketujuh , kesebelas

iv) Angin - keempat , kelapan dan kedua-belas .





Wanita berunsurkan tanah .


Tanah yang subur mampu membuahi  tanaman yang hijau dan mekar .Wanita yang bersifat tanah biasanya mempunyai sifat-sifat seperti :

  • Rendah diri dihadapan suaminya serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban demi kasih sayangnya kepada suami.
  • Sebahagian sifat tanah , wanita jenis ini tidak cerewet, tidak suka cakap meninggikan diri, tidak menyombong dan bukan seorang pemarah .
  • Tenang dan mengamankan jiwa suami ,selalu memberi galakan dan sokongan dan tidak suka membantah atau membangkang .
  • Seorang yang berperawakan manis dan lemah lembut , pembersih dan  sentiasa menjaga kecantikan untuk suaminya .









Wanita berunsurkan air.


Air sifatnya bersih dan suci , nyaman serta menghilangkan dahaga .Air juga sifatnya mencambahkan benih, menyuburkan serta menyegarkan. Wanita bersifat air mempunyai ciri-ciri seperti berikut :

  • Menghidupkan hati suami menjadikan suami sentiasa bersemangat .
  • Mengambil berat tentang suami serta kebajikan anak-anak serta tidak membiarkan anak-anak hanyut dibawa arus hidup .
  • Hatinya bersih serta boleh membahagiakan suami dan anak-anak .
  • Menenangkan hati suami bila si suami menghadapi masalah .









Wanita berunsurkan api .


Api sifatnya panas dan membakar tapi menerangi kegelapan malam . Ia juga menghangatkan kedinginan malam serta digunakan untuk memasak . Wanita bersifat api adalah seperti berikut  :

  • Cintanya sentiasa hangat membara kepada suami serta kuat cemburu .
  • Cergas dan cepat dalam geraklaku menjadikan dia seorang yang cekap dalam menguruskan hal-hal rumahtangga .
  • Penasihat yang baik kepada suami .
  • Pandai menghias diri agar kelihatan cantik dan menarik dihadapan suami .
  • Sentiasa waspada dan cepat bertindak bagi menyelamatkan keadaan .








Wanita berunsurkan angin .


Angin meredakan kehangatan,menjadi sumber tenaga . Wanita yang berunsurkan angin :

  • Mempunyai sifat lemah lembut dan menyenangkan suami .
  • Pandai bermain kata dan memujuk rayu.
  • Sopan santun dan berbudi pekerti mulia .
  • Bijak mewujudkan suasana selesa .
  • Hati yang cepat berubah-ubah .









                                      
                   
  *Psssstttt , saya tanah . 





Older Post . Newer Post