Teruskan melangkah , dunia hanya sementara .
Friday, 21 September 2012
Bismillahirahmanirahim .....
Langkah ini entahlah sudah yang ke berapa kali .
Langkah yang sama berulang - ulang kali .
Tidak tahu di mana titik dia harus berhenti .
Baginya tiada perhentian untuk dia berhenti di sini .
Kerana dia mahu langkahnya terhenti, hanya ketika kaki menjejak syurga yang abadi .
Allahu Rabbi ,
Pinjamkan aku sedikit kekuatan lagi ,
Tidak mahu langkah ini terhenti di sini .
Allahu Rabbi,
bawalah dia terus berlari .
bukan hanya di sini , duduk berkhayal itu dan ini .
Allahu Rabbi ,
andai dunia ini masih di hati ,
sabarkan dia untuk mujahaddah melawan nafsu diri .
Allahu Rabbi ,
sesungguhnya , padaMu aku berserah diri .
padaMu jua nanti aku kembali .
Mohon doakan ,
agar tempatku sentiasa di sisi Tuhan .
* 18 hari lagi final exam . Mohon Allah bantu istiqamah dalam mengulangkaji pelajaran .
Moga Allah permudahkan segala . Doakan saya yaa :)




