Ubat hati .
Monday, 24 September 2012
Bismillahirahmanirahim ....
ku tanya apa khabar hati ?
yakni iman .
adakah juga turut sama sakit seperti badan ini ?
mungkin , hati ini sedang sakit .
walau mungkin tidak lagi tenat .
kerana dia mula merasakan jiwanya kosong .
melayang walau tanpa ada angin yang menghembus .
seperti tiada isi sebagaimana hari-hari yang pernah dilaluinya suatu ketika dulu .
merasakan sebahagian jiwanya telah hilang .
menangis .
dia terlalu merindukan saat-saat itu.
di saat dia menangis kala ingin meraih cinta Tuhannya .
tidak , tidak .
dia tidak mahu hatinya mati sekali lagi .
mohon doa , mohon bantu .
mohon capai tangan ini , bawa dia keluar dari kepompong ini .
Berkata seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA: “ Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya. Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa. Ketiga, bangun ( beribadat ) di waktu malam. Keempat, menghampirkan diri kepada Allah ( beribadat ) disepertiga malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh ”.
moga hati kita ,
adalah hati yang selalu mendambakan redha Allah ,
hati yang merindukan syurganya :)
Insyaallah .




