Aku Sudah Bertunang
Sunday, 23 December 2012
Bismillahirahmanirahim ....
yaa aku sudah bertunang .
"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan aku dengan Allah.
Itu yang paling utama."
Bila tarikh keramat itu aku sendiri tidak pasti .
tapi "Insya Allah, tiba waktunya nanti kamu akan tahu..."
bukan aku sengaja merahsiakan hari bahagia aku tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.
cuma yang dapat aku katakan adalah kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..
jika di hari bahagia aku nanti , kamu tidak hadir pun aku tidak berkecil hati, cuma aku mohon doakan aku banyak-banyak yaa .
Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti.
Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut.
Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari
pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam
berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.
jangan ditanya ketika aku memakai cincin. kerana mungkin pada saat itu aku
sudah bertunang dengan KEMATIAN .
Bertunang dengan kematian, tidak tahu bila aku akan dinikahkan dan tidak
tahu bagaimana rezeki di malam pertama.
Tetapi, sekurang-kurangnya apabila sudah dirisik dan bertunang, kita sama-
sama akan mempersiapkan diri sebaik-baiknya walaupun bukan yang terbaik
untuk hari pernikahan dengan KEMATIAN. Wallahua'lam.
ayat diatas diambil daripada blog an nisaa tetapi sudah di edit sedikit oleh natasya '
Tergerak hati untuk update tentang kematian .
aku sendiri tidak tahu bila dan di mana .
dan bagaimanakah keadaan aku pada tika maut menjemputku .
Tapi cukuplah kematian itu mengingatkan aku dan kamu.
Cukuplah aku sedar bahawa nanti aku akan berpisah
dengan segala nikmat dunia.
Cukuplah aku sedar bahawa ada hari yang lebih kekal,
oleh itu aku harus sentiasa berwaspada.
Aku bimbang menikah tergesa-gesa, tahu-tahu sudah disanding
dan diarak seluruh kampung walau hanya dengan sehelai kain putih tak berharga.
Allahu :'(




