aurat atau trend yang lebih penting ?
Friday, 28 December 2012
Bismillahirahmanirahim ......
bagi aku selagi mana yang bernama perempuan
mestilah akan ada sense of fashion .
tapi dalam pada masa yang sama
pernah tak terfikir ,
bila nak keluar rumah tu
Allah redha tak aku keluar nanti pakai macam ni ?
jika dahulu aku juga seperti kalian .
jahil dalam berpakaian .
aku malu dengan diri sendiri .
kini aku sedang belajar .
belajar memberati auratku .
jika bukan aku yang menjaga auratku sendiri
lalu siapa yang akan menjaga auratku jika bukan diri sendiri .
aku kagum melihat mereka yang sempurna menutupi aurat.
berlandaskan syarat-syarat yang telah Allah gariskan .
bukan kerana fesyen semata lalu abaikan apa yang disuruh Allah .
kan ?
untuk berubah 360 darjah memang lah tak semudah itu .
perlukn pengorbanan dan semestinya istiqamah .
dulu , aku pernah sentap dengan kata-kata seseorang .
"Pakai baju labuh-labuh ni nak pergi mana ? Ingat nak pergi mengaji ke apa ?
tak trend langsung ."
"dah cukup bagus , aku tak berpakaian macam tu kalau
tak free ja kau dapat dosa ."
"alimlah hang sekarang . siap pakai stoking."
aku pakai stokin , bukan sebab aku rasa aku alim tapi memang
kerana aku rasa aku wajib jaga aurat aku .
asal yang betudung labuh , yang berstokin , bersarung lengan semua tu
dikira alim ? macam tu .
tolonglah jangan dipersoalkan tentang alim lagi .
its is not because of alim , tapi sebab memang dah jadi tanggungjawab .
please and please open ur mind .
biar tak trend , janji Allah redha dengan apa yang kita pakai .
nak trend pun tak salah .
lagi pula Islam tak pernah melarang wanita untuk berfesyen .
Islam tidak anti-fesyen tapi anti kepada pendedahan aurat .
thats why la perempuan ni complicated .
semua yang bergelar perempuan mahu dipandang cantik .
tipu kalau cakap tak nak nampak cantik .
cantik ini banyak jenis dan subjektif .
cantik tapi kalau kita tak merasa tenang dengan kecantikan tu hanya mengundang banyak mata , tak ada barakah , tak ada ketenangan even dia cantik berkali ganda . jaga cantik yang kamu ada .
-kak Fara Waheeda-
nasihat sesama muslimat sebab sayang .
kata nak masuk syurga sama - sama kan ? :)
akhir kata , aku menulis tentang apa yang hati rasa .
bukan mahu kata diri ini alim .
tapi kerana aku rasa aku perlu mengingatkan rakan-rakan muslimah aku yang lain .
aku juga masih belajar walau masih merangkak .
dan aku yakin kalian juga bisa .
Moga Allah redha .
:)
" Sesiapa memakai pakaian kemasyhuran ,nescaya Allah akan memakaikan kepadanya pakaian kehinaan pada hari kiamat nanti. Kemudian ia akan dibakar dengan pakaiannya ke dalam neraka "
Riwayat ahmad , abu daud , nasai dan ibnu majah dari ibnu umar r.a
Salam jumaat & assalammualaikum.




