Bimbang benar , jika memang aku manusia itu .
Thursday, 20 December 2012
Bismillahirahmanirahim ...
"Ada orang yang lebih menderita , tetapi masih mengekalkan imannya .
Dan ada orang yang lebih bahagia , tetapi sedang menggadaikan imannya ."
merenung kembali kisah semalam .
bimbang sekali , andai mungkin orang itu adalah diri aku sendiri .
mahu sahaja aku memilih untuk menderita .
menangis di bawah gelap malam , merintih pada Tuhan .
andai itu saja cara yang terbaik untuk aku kekalkan iman .
ingin ku pegang erat tali Tuhan , tidak mahu terlepas dari genggaman-Nya .
Moga saja hati ini hati yang sentiasa mendamba redha-Nya .
Insyaallah .
Tuhan , mohon pegang hati ini .
meski kadang kala iman itu ada naik dan turunnya .
Biar niat ini ikhlas demi-Mu.




