Story of Mine ♥
Alang alang dah ada dekat blog saya. Jom ♥ Folow | ♥ Dashboard

Kehilangan itu .
Sunday, 17 March 2013





Bismillahirahmanirahim .....





Jumaat lalu . sememangnya Tuhan mahu menguji hati lagi .
Dia ambil pergi insan yang paling rapat dengan aku .
Malam itu merupakan pertemuan terakhir aku bersama arwah atok .
Cuma aku terkilan , aku tak sempat kucup tangannya sebelum atok hembuskan nafas terakhirnya . 
Sebaik sahaja sampai di rumah aku lihat ramai orang di perkarangan rumah .
Enjin motor di matikan . Sepupu keluar menerpa dan memuluk tubuhku .
Sememangnya aku tidak tahu apa yang berlaku . 
Aku lihat kolam kolam air mata yang akhirnya mengalir juga.
Aku menanyakan kenapa . Sebak menebal di dalam dirinya .
Aku tahu dia tak kuat untuk katakan perkara sebenar.
Tapi dia kuatkan diri juga untuk beritahu aku .
"Atok dah takda".
Aku masuk ke dalam rumah .Aku peluk erat emak.
kerana aku tahu dia juga terluka atas kehilangan ini .
aku lihat sekujur tubuh berselimut putih terbaring kaku .
Air mata mengalir tanpa henti, lidah seakan kelu .
separuh jiwaku juga seakan pergi --.
Melihatkan keadaan atok, seolah tidur dengan nyenyak sekali . 
Lantas ciuman aku berikan buat atok .
Mukanya tenang sekali, seperti selalu tidak berubah walau sedikit pun .
Atok , maaf tidak ada disisimu buat kali terakhir .
Sememangnya telah Allah janjikan memang kita tidak berkesempatan untuk berjumpa di saat atok menghembuskan nafas terakhir .
Dan sebenarnya aku begitu merasa kehilangan itu .
selepas ini siapa pula yang akan menunggu kepulangan aku dari sekolah , menayanyakan makan minumku , tempat untuk aku cerita segala yang aku alami, tempat untuk aku bergurau senda . 
Tiada lagi.
Semuanya cuma tinggal kenangan . Kenangan yang menemani aku untuk meneruskan kehidupan yang sementara . 
Lagi pula takdir telah tertulis segala . 
Redha .
Atok , hanya doa yang mampu aku kirimkan dari sini .
In sha Allah , semoga Allah redha .
Tempatkan atok di antara orang - orang yang dia pilih.
Moga Allah temukan lagi kita di syurga sana . In sha Allah.
Selamat beristirahat di sisi Tuhan .
Al-fatihah .






Yang merinduimu,
Natasya.











Older Post . Newer Post