secebis kebahagiaan
Wednesday, 13 March 2013
Bismillahirahmanirahim ...
bila kau memiliki Allah ,kau akan memiliki segala.
dan kau harus selalu percaya ,selagi Dia ada
kau takkan pernah kehilangan apa-apa.
-kak hejia-
lalu mengapa masih mahu dibawa duka semalam jika Tuhan
telah siap menyediakan kebahagiaan di hadapan .
bukankah bahagia itu subjektif .
dan aku rasa bahagia itu bila saat saat hidup terisi Tuhan .
kebahagiaan tidak semestinya dimiliki
tetapi cukup dengan merasai.
kerana aku rasa hati yang bahagia itu
selalu meyakini tiap tiap yang berlaku
adalah dengan kasih sayang Allah .
selalu saja melebihi dan tidak pernah bertepi .
bersedih , terkadang aku rasa perlu .
untuk melupakan setiap segala kelelahan hati.
tapi sememangnya bahagia itu juga harus dikejar .
hidup biar bahagia dan membahagiakan.
"Usah Kau Khuatir Kerana Tuhan Mencintaimu Lebih Daripada Yang Kau Rasa"
*jaga diri , jaga iman, jaga hati.Allah sayang kalian . assalamualaikum .*