Kalaulah kau tahu ...
Thursday, 23 May 2013
Bismillahirahmanirahim .....
walau sejauh mana takdir-Mu membawaku ,
dekatkanlah hatiku kepada cinta-Mu ,
walau sedalam mana hati ini terluka,
tetapkanlah ia dalam sandaran-Mu.
ku rayu walau selemah mana jiwaku
tetapkanlah ia dalam genggaman-Mu.
walau sehina mana padangan hamba-Mu terhadap aku,
tetapkan aku dalam pandangan-Mu.
dan walau selama mana hayat hidupku,
tetapkanlah diriku dengan secebis rahmat-Mu.
walau sisi syurga pun tak selayaknya
untukku ,namun tetapkanlah aku dalam redha-Mu.
kerana sememangnya aku cuma manusia biasa
yang mengaku dirinya tidak pernah sempurna
dah khilaf segalanya.
Kalaulah kau tahu berpisah tu sakit, maka rindu tu lebih perit. Tambah bila rindu orang yang kita dah takkan jumpa langsung kat dunia ni. Mungkin saja aku masih teringat-ingat. Aku tahu ini juga ujian . Hati , semoga tabah .
:)