kerana itu asbab yang dia punya
Friday, 31 May 2013
Bismillahirahmanirahim ....
Jika kau tanya kenapa
Jika kau lontar tanda tanya
Dia masih tetap begitu .
Tertunduk , terduduk , butirnya bisu .
Dia tidak pernah tahu asbabnya .
Dia tidak pernah hilang asa .
Ya, cuba .
itu sahaja usaha yang dia punya .
doa , dia layarkan tiap tiap hari .
tanpa rasa jemu .
tawakkal , dia kerahkan hari hari .
pada Tuhan selayaknya dia berserah .
Tuhan , padaNya segala harapan diletak .
Kerana , dia yakin takdir dan perancangan Tuhan
jauh lebih indah dari yang dia sangka.
*hela nafas*
"buat kau yang dekat tapi tak bersua ,
yang jauh tapi tak terdengar suara ,
yang mungkin masih berada di minda "
-selamat menjalani kehidupan baru di tempat yang baru . Dengan niat yang baru semoga kau lebih bersemangat untuk meneruskan pembelajaranmu di peringkat tertinggi .Moga kau dapat lewati segala cabaran di sana dan tabah ketika nanti ujian Allah menyapamu . supaya kau tahu, cinta Allah itu bagai langit yang tak sentiasa cerah, sesekali mendung namun tetap tak kehilangan pesona.Selamat memulakan sesi pembelajaran sebagai seorang mahasiswa/siswi ! Biar semuanya lillah . Moga kamu baik baik saja , aku kirim doanya dari sini . -
Assalamualaikum !