Doa Buat Mesir
Saturday, 17 August 2013
Bismillahirahmanirahim ....
[ derita sengsara mereka dan air mata mereka di sana adalah milik kita juga ]
Apa khabar para mujahid di sana ?
Apa khabar muslimah di sana ?
Apa khabar anak anak kecil yang ucapannya menggetarkan jiwa ?
moga kekuatan dan keyakinanmu melonjak tinggi menentang sepenuh jiwa .
Luar biasa sekali hubungan mu dengan Allah .
sehinggakan Allah memilih kalian untuk ujian sebegini berat untuk kalian lebih dekat dengan-Nya .
Alangkah mencemburukan .
Sabarlah untuk ujian ini , kerana kelak balasan syurga buat kalian ,
Para mujahid,mujahidah Pencinta Tuhan .
Hilangkan sendu dan ketakutanmu .
Kita punya Allah yang Maha Melihat kaum yang zalim .
Di Syurga kelak pasti kalian tersenyum bahagia .
Sungguh, tiba tiba aku rasa malu .
Malu untuk terus berangan angan kan syurga Tuhan .
Melihatkan mereka menentang dengan jiwa dan nyawa .
Aku di sini masih entah apa apa .
Masih berkira kira dengan Tuhan untuk segala .
Maafkan aku Mesir , hanya doa yang dapat
aku titip buat kalian . Semoga Allah pelihara kalian
daripada kaum kaum yang zalim .
ALLAHUAKBAR !
Kalau kau rasa benda yang sama
usahalah walau hanya sedikit .
sekurangnya , Allah ambil kira juga usaha kau untuk ke Syurga Dia .
Ayuh sama sama doakan Mesir .




